seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gilang gemilang dan riang gembira serta diiringi dengan kompang dan gendang.
pengantin perempuan begitu cantik dan anggun dengan busana kebaya putih dan pengantin lelaki dengan baju melayu putih sedondon yang gaga, segak dan tampan. setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang sedang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya,
"Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita. Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian kita akan membahas bagaimana kita akan mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia"
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka suka dan berjanji tidak akan tersinggung dengan aoa yang dicatatkan oleh pasanganya. Malam itu mereka setuju untuk berpisah tidur dan mula mencatat apa yang terlintas dalam benuk fikiran mereka.
Keesokan pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
"Saya akan mulakan dulu ya", kata isterinya.
Lalu dia mengeluarkan senarainya. Terdapat 3 helai muka surat semuanya. Ketika dia mula membacakan satu persatu hal yang dia tidak sukai dari suaminya, dia melihat airmata suaminya tiba-tiba megalir.
"Maafkan saya abang. Adakah saya patut berhenti?",soalnya."Oh, tidak mengapa. Teruskanlah sayang.." jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis dan berkata dengan bahagia,
" Giliran abang pula".
Dengan suara perlahan, suaminya berkata,
"Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu"."Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dah baik pada diri abang. Tidak satu pun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku sayang..".
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya dengan pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya.Dia terus tunduk dan menangis.T_T
"Abang, maafkan saya...".
TIDAK PERLULAH KITA MEMBUANG MASA MEMIKIRKAN HAL-HAL YANG NEGATIF TENTANG PASANGAN KITA. TERIMALAH SEADANYA.
hargailah insan yang ada dengan kita sekarang.
honestly, CF rasa touching sangat bila baca artikel ni. sedih. CF doakan moga Tuhan memberikan yang terbaik untuk CF & MAO. CF hanya mampu berdoa dan bertawakkal untuk menjadikan hubungan ini halal. insyaAllah...
sumber: facebook





15comments:
Post a Comment
sgt touching.
baek sgt si suami tuh.
tp lionteen mcm prnah bc da b4 ni..
kat ne yek?
tp lionteen mcm prnah bc da b4 ni..
kat ne yek?
p/s : jom join slot Bingkisan Salam Syawal kat Redmummy.com jom? Anne Boleyn dah join.. check my latest entry kay.. :)
ann tak pernah jumpe lelaki camni pun..
kalau laa wujud dalam hidup ann.. bestnya...
fasya baca pn da wase touching da..:'D
bestkan..
aah..fasya amik from 1 video from fb..
sgt bagus..sonok kalo leh jmp lelaki gitu..:)
tu la ann..fasya da pernah jmp lelaki gni..ayat dia almost like him..:')
satu dalam sjuta,maybe~~
doa bnyk2 sis..insyaALlah,tuhan bg yg terbaik utk sis..:)
join la cntest ni bersame mao anda..hehe
http://lionteen-me.blogspot.com/2010/09/contest-couple-muka-seiras.html
Post a Comment