Iklan

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/WAof

06 May 2015

2nd princess : Ayra Qalesya

Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin anak kedua seminggu sebelum due date. Supposed to be due date is on 30th april. Tapi baby keluar 22 april 2015. Memang setiap kali lepas bersalin memang tulis pengalaman kat blog. Bila free2 rindu nak pregnant lagi boleh baca balik pengalaman bersalin tu. here we go nak buat karangan.

18 April 2015

17 april dah start cuti bersalin. 18 hb tu balik kelantan with hubby,aryana & mama. Sebelum tu singgah kajang kejap. Jumpa in law and hantar adik kat UPM. Dalam pukul 2pm gitu baru betul2 start our journey balik kb. Kitorang balik ikut jalan LPT. Ya ampun. Perjalanan tu aku rasa lamaaaaa sangat. Baby memang menggeras je. Aryana memang nak duduk depan ngan aku je. Bayangkan dengan perut yang besar ni,tak selesa lagi,aryana lagi, aku kena hadap sampai la ke kelantan. Dalam dekat pukul 12 jugak la baru sampai rumah. Seksa oiiiii.

19 April 2015

Hari ni start food hunting. Hubby still cuti lagi. So kitorang g makan nasi ulam cikgu. Ok lah. Dah tak terasa sangat bestnya tu. ke sebab aku tak selesa dengan panasssssss, berpeluh2 makan kat situ. Yang terbaik kat situ ialah ikan keli ngan ulam budu. Wuwuwu. Seb baik sempat makan weh sebelum pantang ni. Then malam tu aku start cirit birit. Aku tengok orang lain relax je. Padahal semua makan benda sama je. Tapi aku sorang je makan buah rock melon. Orang lain x makan. So terus buat conclusion yang rock melon tu la penyebab aku cirit. Menangis2 aku dalam toilet dk tahan sakit perut tu. Ada sekali tu dia rasa macam contraction yang sakit belakang tu. ulang alik masuk toilet tu banyak kali jugak lah. Takut weh nak teran kuat2. Kang terberanak pulok dalam toilet tu. Pukul 2 jugak baru boleh tdo. Fuhhhh

20 April 2015

Still in food hunting mode. Pepagi lagi plan ngan hubby and mama nak g brunch kat kedai Pak Mat Pulau Pisang. Ini memang terbaikkkkk. Teh tarik madu ais ngan sup ikan+ gearbox dia. Fuhhhh. Kitorang makan 3 orang,habis xbanyak pun. Rm45 sajoooo. Dengan teh tarik madu lg. lauk2 lain lahi. Satu je nak pesan. Kalau amik kepala memang la mahal. Ni kitorang amik bahagian ekor atau isi dia je. Isi pun banyak. Sebab aku xmakan sangat kepala ikan ni. Then petang tu ingat nak g pantai. Tapi ke taman tengku anis sajooo. Bawak aryana main kt sana.

21 April 2015

Hubby dah balik perak pepagi lagi. Cuti beliau dah habis. Aku dah cakap dah. Tengok2 xnyempat sampai perak kena patah balik. Sebab takut aku bersalin awal je. Pagi tu g ambik pengasuh aryana kat wakaf bharu then g pengkalan kubur. G sana semata2 nak g beli coklat je ok. Buat bekal untuk aryana je. Lepas beli terus naik kereta. Tak de la nak g pusing2 tengok benda lain. Rasa perut berat sangat dah. Ingat nak g makan nasi ayam kampung. Tapi kedai tutup pulak.

22 April 2015

Pagi tu dalam pukul 8.30am orang datang nak urut aku. Sebab kaki rasa lengguh sangat. Yela. Lengguh travel tak hilang lagi. Nak berjalan pun rasa macam seret je kaki ni. Makcik tu cakap. Perut aku jatuh sangat dah. Dia cakap kepala baby dah bawah sangat. Anytime je ni. Kebetulan ari ni memang aku ada check up and memang plan nak g KBMC jumpa Dr Ramli. Lepas urut & nak mandi, tengok2 ada keluar blood stain ngan lendir. Tapi sikit je la. Macam setitik dakwat gitu. Lepas mandi bagitahu mama and get ready je la beg2 nak bawak g kbmc sekali. In case doc suruh beranak ke apa kan. Aku siapkan aryana. Kemas beg dia. Susu2 dia. Masih mampu lagi berjalan. Tak rasa saki lagi.

Sampai je kbmc pukul 12 lebih, cek urine & timbang berat. Tengok2 berat dah turun jadi 50kg dah. Bila jumpa dr ramli, dia scan. Dia cakap," dah boleh dah ni call abi dia. Tapi tak pe ke kalau keluar sebelum abi dia sampai". Nampak tak kat situ yang doc pun rasa aku nak bersalin dah. Kalau ikutkan 5jam jugak la hubby nak sampai dari perak tu. doc cakap suruh aku naik LR dulu cek CTG and laluan.

Pukul 1.30 settle check CTG. Nurse tu cakap ada 2 contraction in an half hours. Tapi aku tak rasa pun. Ke aku dah lupa rasa sakit tu macam mana. Lepas tu doc check jalan. Aku scary jugak nak check jalan ni. Nurse suh tarik nafas dalam2 masa doc nak seluk tu nak bagi tak rasa sakit sangat. Aku ikut arahan je la.

Doc : Ya allah
Aku: bakpo doc?
Doc: Sya, jalan awak bukak 4cm dah ni.
Aku: Cepatnyo. Saya x rasa gapo2 lagi ni.
Doc: Awk makan dah ke?
Aku: makan dah pagi tadi. Tengahari tak makan lagi.
Doc: Awk nak makan dop? Awk lapar dop?
Aku: Lapar jugak ni.
Doc: Awk turun makan kat cafe dulu. Jangan g makan jauh2. Pahtu awk naik LR balik deh. Awk nak amik epidural dop?
Aku: tak tahu gak eh. Nanti tengok gano.

Mula2 ingatkan nak amik jugak epi. Sebab aryana dulu aku amik je. Tapi doc pun macam x setuju sangat aku amik sebab jalan aku dag bukak banyak dah.

Lepas makan, aku naik balik LR dalam pukul 2.30 gitu. Tukar baju pink itu,g buang apa yang patut,drip air, buh ubat ape ntah dalam drip air tu. rasanya ubat tahan sakit ke ape ntah. Nurse bagitahu kalau nak tdo,tdo je dulu.

Pukul 3 doc ramli masuk pecahkan ketuban. Lencun wehhhhh. Sejuk. Aircond pun terasa makin sejuk. Aku selimut je. Tapi nyempat lagi duk main wassap and facebook dalam tu. update dekat family and friends. Pukul 3.10 gitu dah terasa contraction 3min sekali. Fuh fuh fuh. Boleh tahan lagi.

Pukul 3.30 gtu contraction seminit sekali. Time tu aku start mengiring belah kiri dah. Sebab seingat aku dulu nurse ada cakap ngiring belah kiri kalau nak kurangkan rasa sakit. Nurse cakap kalau tak tahan sangat jerit panggil dia. Aku memang tak tahan dah masa sakit datang seminit sekali tu. aku duk pegang besi katil yang kat bawah tu. rasa nak terjun katil je. Sakit tu datang dalam 3 4 kali jugak. Aku pun jerit la pangil KAK! Dia pun datang. Dia check jalan and terus get ready nak bersalin. Nurse tu bagi aku sedut gas sambil bagi arahan.

"Tarik dalam2, hembussss"

Memang clear la instruction dia tu. sambil dia bagi arahan, dia sediakan apa yang perlu untuk bersalin tuh.

Mama pun masuk. Tolong urut. Nurse tu pun sama. Sambil duk borak2. Aku dah start lali dah. Sakit tu rasa kurang sikit lepas sedut gas tu.

Bila doc datang terus pushhhhh. Tapi aku mamai weh. Tatau pape. Tepat pukul 4.20pm keluarkan sorang lagi princess umi & abi. Masa jahit pun aku lali lagi. Doc cakap,Sya, sakit sikit ni nak jahit. Aku relax je cakap,Doc saya tak rasa sakit pun. Haha. Kuat betul penangan gas ni.

Dekat maghrib baru hubby sampai. Aryana pulak kemain happy dapat jumpa umi. Padahal kejap je pun tak jumpa ummi. Ummi makan lauk orang pantang, dia pun sibuk nak makan jugak.

And

Kami namakan nama puteri kedua kami as AYRA QALESYA

And

ARYANA QAISARA & AYRA QALESYA share their birthday which is on 22nd April.

Aryana : 22 april 2013
Ayra : 22 april 2015

Jimat duit abi ummi nak celebrate besday princesses ni.

#ok dah penat dah. Nak kejut princess ni pulak.
Extended Network Banners JIKA SUKA,LIKE JE.=)

08 November 2013

Aryana Qaisara The Minnie Mouse

salam..

lama dah kot tak update blog sejak dah bertukar status ni.nak mengarang pun tak reti dah.aktiviti harian sudah berubah since ada anak ni.bangun kena awal.siapkan diri kita.siapkan barang2 nak hantar pengasuh lagi.nak kemas-kemas rumah sikit.ikat sampah.buang sampah.angkut barang-barang dalam kereta.tukar pampers anak.susukan anak sebelum hantar pengasuh etc..tu la rutin tiap-tiap pagi.paling lewat keluar rumah ialah pukul 6.40 pagi.tu pun dah kaluttt dah.

bila dah balik kerja,tengok muka anak,tetap rasa cergas lagi.still boleh main-main.layan dia.bila tengok dia nak manja-manja,ummi faham..aryana rindu ummi ek.

alhamdulillah..aryana still lagi bf.tapi kat rumah pengasuh je la bagi minum botol.and aryana dah start makan solid food.bila bagi buah, bukan main suka.du berebut ngan abi.bila kita mintak, tak nak kasi.sobbbb..haaa..anak ummi abi dah masuk 6 bulan dah.cepat je masa kan.

bila menyusu, dia suka sangat sentuh2,tarik2, cubit2 kt muka ummi.habbit!

dia nampak je kecik,tapi badan ya ampun.semangat!lengguh ummi kalau nak dukung aryana lama-lama.aryana sangat friendly kalau jumpa orang.sume dia nak tegur.especially kalau budak2..punya la seronok.aipppp,jgn mintak adik lagi..xpuas lagi ummi nak manja2 ngan aryana..

hari tu ummi bawak aryana g jenjalan kt JJ..pakaikan dia headband.tiba-tiba ada orang tegur, BOBOYYYY..

ummi apa lagi..GEGIRL laaa..aduh!

jenuh ummi pakaikan headband la.pkai skirt la.orang tetap cakap aryana ni BOY..sedih ummi.sedih!.haha

 
kalau long journey travelling, aryana kena duduk dalam car seat.hobi dia ialah menyemburrrr..pastu buat muka bajet comel lettew~

 
erkkkk..muka dah sama bulat ngan bear-bear dah!

 
pape pun abi & ummi sayangggg anak ummi ni!
walaupun mukamu dah nak macam abi,ummi totap sayanggg aih!
aryana,cepat la bertukar jadi macam ummi lak.ummi nak tengok ummi junior..
 
aryana..walaupun kita berdua,ingatlah..abi lagi rindukan kita.sebab dia kena rindu 2 orang insan yang dia sayang..kita bergabung rindu kat abi sorang je..sian abi..ummi selalu berdoa agar kita boleh duduk ngan abi..macam orang lain jugak..ummi perlukan abi..aryana pun perlukan abi jugak kan..=')
 
abi...we love u so much!

 
mengade sangat nak pose macam ni!

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

02 May 2013

Aryana Qaisara binti Muhamad Aizuddin in the house!

Salam..fuh dah lama kot x update.
For this time terasa nak je tulis pengalaman bersalin hari tu.yes,alhamdulillah.saya dah selamat bersalin pada 22 april 2013 iaitu sehari lewat dari EDD.and she's a girl.as expected!yeayyy..ummi dapat geng pink ummi..nanti next baby kite bagi abi geng kereta pulak ek..in sya allah..:)

21 april 2013

3.30 am: time tu harusla tengah tido kan.memang kalo last2 pregnancy ni tidomu ke laut la.memang xkan nyenyak sangat tdo tu sebab rase lain macam je perut ni.tibe2 terasa macam senggugut je perut ni.tapi boleh tahan lagi.rasa sekali je.pastu tibe2 terasa macam kluar period.can u feel it?(girls only) terus g toilet.check2 ada lendir + darah.tapi relax lagi.g kejut hubby and dia tanya,dah nak beranak ke?ayoyo.and both of us boleh sambung tidor lg.tp dia je la.saya xleh nak tdo sangat dah.terus bangun g mandi.siap2 apa yang patut.buku pink,ic,beg2 etc.hubby pun gelisah and terus g mandi jugak.dah siap kemas sume,kejut mama.

Sakit tu still light2 gitu.xda la sakit sangat kan.lepas subuh,mama sediakan telur masak separuh & susu.kasi tenaga sikit.lepas makan,saya tawaf rumah.kononnya nak bagi jalan cepat terbukak.

Pukul 8.30am mama kol KBMC.and dorang suh datang hospital check jalan.and im still x sakit sangat.mampu lagi bergelak ketaw gitew.tapi dalam hati banyak nebes i tell youuuuu..

Dah sampai KBMC,timbang berat.fuh.apasai berat turun ni.....
Nurse bawak masuk labour room.nak tengok bukaan jalan.and kena seluk!adoiiii  kau jangan tanya sakit ke tak seluk tu.mula2 nurse seluk.baru 1cm.lepas tu datang lahi nurse.dah bukak 2cm.Doc ramli pun datang.seluk lagi .ok tetap 2cm.buat CTG.doc cakap masuk bilik dulu,berehat.dalam pukul 3 doc datang balik check bukaan.and its still 2cm.tapi masa tu memang dah rasa sakit.doc bajet boleh la bsalin malam tu jugak.

Sakit makin kerap.dia menyerang belakang and tulang punggung.alhamdulillah nasib baik hubby ada yang jadi tukang urut saya.malam tu tdo pn xlena.kul 3 pagi terjaga.sakit makin menyenggat.malam tu hubby yang jaga kat hospital.sian dia.kejap2 saya kejut suh urut.

22 april 2013

Awal2 lagi doc datang check bukaan.ok,dah 3cm.boleh masuk labour room.sebelum tu hubby suapkan bubur.kasi tenaga sikit nak push kalau bersalin jap lagi also minum air zamzam banyak2.dah siap salin baju,cucuk ubat berak terus landing atas bed dalam labour room tu.kat badan ni bersirat dah wayar.Mula2 letak CTG n check BP.doc check bukaan lagi and pecahkan ketuban.guna forcep ok.terasa panas je air ketuban tu.oh lupa.semalam tu lepas kena seluk tu,doc cakap maybe saya ni ketuban darah sebabnya darah banyak yang keluar tapi aftr pecahkan ketuban,alhamdulillah it just ketuban air.ketuban air x sesakit ketuban darah.

Bila dah pecah ketuban,sakit makin kerap.yang masuk dalam labour room teman and tolong urutkan saya ialah hubby,mother in law and my mom.dorang gilir2 jaga saya.tapi mama xleh jaga sangat sebab dia xsanggup tengok saya sakit cenggitu.sampai tahap gigil2.time tu nak makan or minum nurse xbagi dh.tapi termakan sebiji kurma and air zamzam jugak sikit hee..

I took epidural.so pakar bius,doc saidah kot nama dia datang inject epidural kt tulang belakang.she's so nice.banyak sangat membantu.kerja dia lembut and x sakit pun.sebelum ni nurse cakap sakit sangat kalau cucuk epidural.nurse tipu kiteeeeee ek.

Bila dah cucuk epidural,badan jadi kebas sebelah.sakit pun xterasa sangat.doc dah cakap,dia xkan bagi dos yang tinggi.sebabnya nak bagi saya rasa camne rase sakit and nak push.bila rasa sakit sangat3 baru dia naikkan dos tu.

Doc ramli cakap maybe dalam 7jam lagi boleh la bersalin.perghhh.lama lagi kot.masa tu dah pukul brape x ingat dah.xtengok jam dah.

Nurse and doc ramli keep on eye to my CTG.sampai satu tahap dorang dah cakap tak sedap hati tengok CTG baby.masa tu dalam pukul 2.30ptg kot..

Masa tu my hubby tengah jaga dalam labour room.time tengah borak2,terasa contraction and tiba2 terasa ada benda nak keluar.hah sudaahhhh..terus suh hubby panggil nurse.and its the time baby!

Saya dah gelisah dah sebab dah beranak dah ke ni.cuakcuakcuak!selawat banyak2 sambil tahan jangan bagi keluar lagi.hubby dah kol mak dia suh masuk labour room jugak.mama papa etc tunggu kat luar and mama kadang2 je jenggah masuk tengok sebab dia takut darah.boleh cenggitu.hubby pun alhmdulillah diberi keberanian.kalau x,maybe dia pun join mama kat luar.mak mertua saya la yang tolong pegang lutut and peha xnak bagi saya angkat punggung time push.hubby tolong tenangkan and bagi semangat.

Doc and nurses kat situ sangat membantu and bagi semangat.

Pandai dik,push ckit lagi.
Tarik nafas,tengok kepala baby nak keluar.
Jangan tutup mata dik.

I ols kan 1st timer.mana la reti nak push.hubby cakap mula2 doc dah letak belakang dah gunting tu.tapi disebabkan iols ni xreti nak push,dia pun capai gunting.zappp..pushhhhh..
Alhamdulillah..maka selamatlah semuanya.memang nampak la baby laju je gelongsor keluar.doc ramli terus azankan sambil gunting tali pusat.bila dh kluarkn uri,terus lega perut ni.kosong.

Time baby dah keluar,mak mertua n hubby cium kiteeeeee.kite suke.siap menangis lagi.alhamdulillah.time tu saya dah xrasa pape dah.mamai je.

Doc mintak izin nk seluk lagi cz nk buang darah beku.iols xkisah dah.and hubby temankan saya sampai habis.tp bila nak jahit tu,terasa jgk la sbb lupa nak on blk epidural.boleh x camtu.iols menjerit jgk la haha.kena 3jahitan jgk la ni..

And now tengah mghitung hari nak habis pantang.jemu dah eh makan ikan niiiii..tapi telan je la apa yang org hidang..

Presenting Aryana Qaisara binti Muhamad Aizuddin

JIKA SUKA,LIKE JE.=)
Related Posts with Thumbnails
Read more: Tutorial...( Cara Buat Widget Halaman Posting) Under Creative Commons License: Attribution