Iklan

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/WAof
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

21 February 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri?


suka dengan tajuk artikel ni. CF nak share je tau.


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh



MAO, nape pilih CF?hee..;)

  JIKA SUKA,LIKE JE.=)

25 November 2010

untuk bakal teman hidupku..cayalah!


salam readers

sekarang ni CF dah open nak cakap pasal kahwin with my family. pasal barang hantaran, tema kawen, jemputan, bridal mana nak amik etc..even date tu tak sure lagi, tapi kami hanya get ready for it..just what for the card ya! bila fikir-fikir, baca pengalaman bloggers pasal preparation on the big day, CF rasa sikit cuak. yela. macam-macam nak kena fikirkan. haruslah kena ada duit, baru semua bole jalankan..starts from now, memang kena saving, survey-survey yang mana patut kan..doakan kami ya syg-syg sekalian!

here, CF nak share something..especially for my Mr F..fewit! MAO kena tukar nama ke tak neh ek..


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Artikel iluvislam.com

alt

credit to iluvislam

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

09 November 2010

perkara yang girlfriend anda tak pernah bagitahu anda..


salam readers

what i'm going to share with you is about 3o things about a girl..
i took it from facebook, as always..
just for fun ok..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
[pernah je alami ni.nak2 kalau dalam phone.kalau nangis, diam je]

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 [betul-betul-betul..bila dah sayang, memang jarang jumpa benda yg dibenci.nak2 kalau perangai sepesennn je]

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 [haruslah! setia ok even keluar dengan lelaki lain.percaya di antara satu sama lain itu wajib!]

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
 [MAO suka puji.kalau kutuk,terbaik juge! haruslah CF buat-buat malu gituh.malu tau kena puji ni.lempang!]

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  
[nape kamu tak mesej kita awal2 lagi hah?]

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
[ i selak blog cinta kami]

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 
[do you?]

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

23 October 2010

saya anak sulung..anda?


salam readers

alhamdulillah..dapat jugak hupdate belog ni. line kat sini ala-ala mari berdansa je.lam mim ba ta..macam siput bin sedut suda. maybe dia suh CF buat kerja kot, tak bagi CF online kot..ni maybe CF dah siap buat 1/10 from assignments, baru leh online...

hah, CF kat sini nak share. bukan share apa pun. ni pandangan orang terhadap kita la kan.
ri tu duk borak-borak. 
ada orang cakap CF ni BUKAN macam anak sulung. maybe TAKDE rupa, perangai macam kakak kot. oh, adik.sila iyakan yang aku ada perangai seorang kakak yang baik!*kompius, baik ke?*

alasan: sebab CF ni manja.ok,fine!memang.diakui oleh Mama & Papa. perangai suka merajuk.HARUSLAH! kalau nak apa-apa, memang kalau boleh, biar dapat. kalau tak,selagi tuh la 'nyetok angin'.pehe ke dop ni CF kecek kelate? mulut muncung. camtu la perangai yang tak leh ubah. lempang kang! juga HARUSLAH berhati sensitif. mudah menangis. lempang sekali lagi plis! bila la mau berubah ni. dah nak jadi bini orang dah.oh,berangan dalam kadar yang paling minima kira halal ok..

disini, bagi yang tak tahu, CF ada SEORANG je adik. tak ramai. maybe ini lah faktor kenapa perangai manja tu ada. anak papa! anak mama! anak perempuan sulung! 
kepada bakal menantu-menantu keluarga Encik Hashim, pastikan anda berjumpa dengan En Hashim untuk sesi temuduga dulu ya. kalau pass, kira boleh la jadi calon menantu kan....[ini untuk bakal adik ipar CF je]
kepada MAO, kamu kena lega untuk sikit sebab dah lepas sesi ini yer..

ni la adik CF
beliau nampak macam kakak bukan?
sebab dia besar dari CF yang tak berapa nak cukup zat ni
i tak kisah la dik..i lagi suka di anggap ADIK ok!
adik suka protect CF dalam segala hal.terbalik kan.
kalau CF sakit hati, dia la orang pertama yang lebih-lebih sakit hati...


terbukti!
nampak dia lagi tua matang dari CF kan..

mungkin juga sebab CF dikelilingi oleh kanak-kanak.
CF suka layan budak-budak. sebab takde anak sendiri lagi kan. perlu ke keluarkan statement ini?gasak..teruskan menaipppp...

most of my cousins dah beranak pinak.dah ada generasi masing-masing.oleh sebab itu, kalau buat gathering ke,hape ke, perlulah melayan anak-anak mereka.jadi baby sitter...advantage nye ialah, praktis nak jaga anak nanti..[alasan mereka ok!]

 bukti pertama

bukti kedua


bukti ketiga

bila bersama kanak-kanak,perangai pun jadi kanak-kanak juga~~~

ni CF ada google pasal perangai anak-anak mengikut turutan....
kalau ada yang betul,kira kebetulan.kalau tak, ignore je ok.

Anak Sulung

> merupakan cahaya mata pertama didalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka menigkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.

Ciri-ciri:
  • sikap melindungi, suka bertolak ansur, serta ego
  • lebih pandai mengambil hati orang tua
  • mempunyai nilain tanggungjwab tinggi

Anak Tengah
> lebih pelik dari nak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah yang paling 'kurang' favourite di kalangan adik-beradik yang lain. mereka cuba melakukan yang terbiak bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri:
  • lebih berdikari berbanding si sulung atau yang lain
  • lebih percaya dgn keyakinan diri
  • suka mencuri perhatian dgn cara tersendiri
  • sering merasakan diri mereka terpinggir
  • terlalu mengalah

Anak Bongsu
> seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu bapa terhadap mereka.Biarpun mereka berjaya, namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa merasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka selama-lamanya.

Ciri-ciri:
  • happy go lucky dan yakin diri
  • manja
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi
  • sukar membuat keputusan
tadi Mama called.
main point: ingatkan CF supaya kalau nak keluar,biar dalam berkumpulan. JANGAN keluar berdua. sebab Mama bimbang dengan kes sekarang ni. kes culik.nauzubillah...
mama called sebab nak pesan itu je.
yes, mama and papa sangat risaukan kami adik beradik. coz kami je la anak-anak mereka. dah la perempuan. lagi kena keep on eyes.......
sebab ni juga la parents susah nak lepaskan CF. bak kata papa, tak sanggup kehilangan anak...=.=




JIKA SUKA,LIKE JE.=)

27 August 2010

adakah anda sudah menjadi TUNANGAN orang?

salam readers


hari ni CF nak share sikit pasal one video ni.mengenai BERTUNANG mengikut hukum Islam.kerdil rasanya diri ini sebab baru tahu. CF ingat nak letak video tu, tapi tak bleh nak download la pulak. ada masalah apa entah ngan lappy cabuk ni. takpe, sebagai inisiatif, CF ambik point yang mana CF rasa sangat berguna untuk di kongsi bersama.

ustaz ada bertanyakan,

HASRAT MENGAMBIL SEORANG ISTERI, ADAKAH DIKIRA MEMINANG?DAN WANITA ITU BERSETUJU.WALHAL TIADA IBU BAPA PADA MASA TERSEBUT.

meminang. pinang. maksudnya dalam konteks Islam, pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada wanita.

bila pihak perempuan bersetuju, maka jadilah perempuan itu sebagai TUNANG lelaki tersebut.

contohnya:

aku nak jadikan kau sebagai isteriku. (meminang)
you, sudi tak you jadi permaisuri hidup i?
mek, nk nikoh dop nga ambo?
lu mau kawen ngan wa?

kalau pihak perempuan setuju, hukumnya jatuh sebagai TUNANG samada mealui telefon,face to face and so on.

dan adalah HARAM jika perempuan itu menerima pinangan dari orang lain ataupun orang lain masuk meminang perempuan itu.

hanyalah menjadi satu adat apabila keluarga si lelaki menghantar rombongan, hantaran semua.ini hanyalah ADAT, bukan HUKUM.

kalau ibu bapa tiada semasa lafaz itu berlaku, ini tetap dikira BERTUNANG.

mengikut ulama, jika perempuan itu mematuhi syarak, iaitu WARAS, BALIGH, CERDIK BOLEH MEMBAWA DIRI etc, sah menjadi tunang. kalau sebaliknya, wali diperlukan untuk menjawab pinangan itu.

harap readers faham apa yang CF kongsikan ini. yang mana baik dari Allah, yang lemah datang dari diri CF sendiri.

MAO,thanks for the proposal before. insyaAllah, we are waiting for the next stage.

sapa nak view video tu, click kat link kat bawah yer..


Photobucket

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

17 June 2010

harga sebuah percintaan..cewah!

i love this article..so, CF saje nk share kat sini
a lil bit jiwang,maybe..tapi that's real thing for those yang couple..

"CINTAILAH YANG MAHA KUASA, KEMUDIAN RASULNYA, KEMUDIAN IBU BAPA, SEBELUM MENYINTAI SESEORANG DAN BERCINTALAH DENGAN ORANG YANG DICINTAI ALLAH NESCAYA KITA AKAN MENDAPAT CINTA SEJATI"

Cinta sememangnya memerlukan modal dan ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan cinta. ( cepat2 ingat time mula2 bf/gf korang ayat dulu.cewah ko CF!)
Antaranya:

1. BIL TELEFON


Setiap pasangan yang tengah hot bercinta ni selalunye sentiasa berhubung di antara satu sama lain la kan. Jika sebelum ni bil telefon hanya ciput je, topap pun jarang-jarang, namun apabila kamu dah berada di alam percintaan ni, sudah pasti bil telefon akan melambung, topap tu tahan beberapa hari je. Handphone confirm asyik melekat kat tangannnn je kan..as i do! ni lah antara harga yang perlu kamu bayar untuk membuktikan cinta kepada si dia.cewah!

komen CF: memang pun..kalau dulu sebulan tak topap tu dah biasa dah.sekarang,kredit tinggal beberapa sen pun dah gelabah.bukan apa,takut ada emergency case je..(alasan logik kan..hehe)

2. KOS MAKAN MINUM

Setiap kali keluar pada hujung minggu (for those yang tak PJJ macam CF..touching!), sudah pasti kamu akan mengahbiskan masa dengan aktiviti makan bersama. (CF mau juga!)
Jika sebelum ini kamu hanya mengeluarkan belanja untuk diri sendiri, kini kamu perlu membayar untuk pasangan kamu juga. (maybe statement ni lebih untuk guys la kan. baru gentleman kan.)

komen CF: CF pun tak reti nak elaborate yang ni coz jarang dating kan..sedih disitu! tapi once dah dating,memang MAO yang belanja. Jarang sangat CF nak susah-susah bukak purse, keluarkan duit ni. buat masa ni, MAO sangat la bertanggungjawab. hope it will last forever ok dear! seingat CF, since we all dating, sekali je CF belanja dia makan kat KLCC tuh. tu pun berapa hinggit je. thanks dear! tapi statement MAO yang CF ingat, " sape suruh keluar dengan orang yang dah kerja." suka3!

3. MASA


Jika dahulu kamu mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama kawan-kawan atau keluarga, kini apabila dah bercinta, kebanyakan masa akan dihabiskan bersama pasangan kamu.(bestnyeeee!) Maklumlah pasangan sekarang memang suka meghabiskan masa bersama dan melakukan pelbagai aktiviti berdua. (mesti!) jadi kamu perlu bersedia dengan perubahan ini.

komen CF: ni yang jeles ni.CF tak pernah couple dekat-dekat.MAO jauh......jumpa pun jarangggggg la sangat kan. buat masa ni, tahun ni baru sekali jumpa. tahun lepas 5 kali.pe cer.....insyaAllah,pas kahwin, akanku tatap wajahmu MAO sampai kamu pun naik rimas asyik kena tatap jeks.hehe~

4. HADIAH


Setiap kali tibanya hari jadi atau anniversary kamu, kamu harus menyediakan hadiah sebagai tanda ingatan kepadanya. (guys,take note!) Apa yang penting adalah persefahaman dan keserasian dalam percintaan.ewah!

komen CF: yang ni CF memang suka..CF jenis yang suka memberi, MAO tak macam tuh. MAO ni tak reti nak beli hadiah.dia prefer bawak kita, kita pilih, dia bayar.thats MAO! but MAO, CF memang dari dulu lagi kan.selalu bagi hadiah.even harga tu tak berapa, but CF suka kalau apa yang CF kasi tu, MAO hargai......

5. PAKAIAN

Sudah tentu kamu mahu sentiasa kelihatan bergaya/ cantik di hadapan si dia. Jika dahulu kamu boleh memakai pakaian yang sama atau main tangkap muat je ketika bersama teman-teman, namun tabiat ini perlu di kikis supaya si dia selesa bersama kamu. Tambah memeningkan apabila si dia mahu bergaya sepertinya yang mementingkan jenama dan bercitarasa tinggi.

komen CF: fuh..CF dari dulu sampai sekarang, kalau keluar g makan kat kedai depan hostel, pakai je baju yang paling simple, seluar track je. nak keluar g bandar, baru up sikit. Tapi bila dah plan nak g dating, baru sibuk nak cari baju. tak di nafikan, mau kelihatan nice depan mata MAO kan, lumrah wanita. sape la tak nak kelihatan nice depan pasangan kan..=)
kalau yang dah kahwin,perlu menjaga tata rias diri depan suami kan.
bagi CF, CF suka benda yang simple, tak merimaskan and selesa untuk dipakai. jenama atau tidak barangan itu, itu tak jadi masalah.as long as barang tu cantik,murah lagi bagus kan.jimat pun jimat kan. duit yang lain boleh disimpan or boleh beli benda lain kan..


credit to DARA.COM and incik google..thanks!

JIKA SUKA,LIKE JE.=)
Related Posts with Thumbnails
Read more: Tutorial...( Cara Buat Widget Halaman Posting) Under Creative Commons License: Attribution