Iklan

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/WAof

02 May 2013

Aryana Qaisara binti Muhamad Aizuddin in the house!

Salam..fuh dah lama kot x update.
For this time terasa nak je tulis pengalaman bersalin hari tu.yes,alhamdulillah.saya dah selamat bersalin pada 22 april 2013 iaitu sehari lewat dari EDD.and she's a girl.as expected!yeayyy..ummi dapat geng pink ummi..nanti next baby kite bagi abi geng kereta pulak ek..in sya allah..:)

21 april 2013

3.30 am: time tu harusla tengah tido kan.memang kalo last2 pregnancy ni tidomu ke laut la.memang xkan nyenyak sangat tdo tu sebab rase lain macam je perut ni.tibe2 terasa macam senggugut je perut ni.tapi boleh tahan lagi.rasa sekali je.pastu tibe2 terasa macam kluar period.can u feel it?(girls only) terus g toilet.check2 ada lendir + darah.tapi relax lagi.g kejut hubby and dia tanya,dah nak beranak ke?ayoyo.and both of us boleh sambung tidor lg.tp dia je la.saya xleh nak tdo sangat dah.terus bangun g mandi.siap2 apa yang patut.buku pink,ic,beg2 etc.hubby pun gelisah and terus g mandi jugak.dah siap kemas sume,kejut mama.

Sakit tu still light2 gitu.xda la sakit sangat kan.lepas subuh,mama sediakan telur masak separuh & susu.kasi tenaga sikit.lepas makan,saya tawaf rumah.kononnya nak bagi jalan cepat terbukak.

Pukul 8.30am mama kol KBMC.and dorang suh datang hospital check jalan.and im still x sakit sangat.mampu lagi bergelak ketaw gitew.tapi dalam hati banyak nebes i tell youuuuu..

Dah sampai KBMC,timbang berat.fuh.apasai berat turun ni.....
Nurse bawak masuk labour room.nak tengok bukaan jalan.and kena seluk!adoiiii  kau jangan tanya sakit ke tak seluk tu.mula2 nurse seluk.baru 1cm.lepas tu datang lahi nurse.dah bukak 2cm.Doc ramli pun datang.seluk lagi .ok tetap 2cm.buat CTG.doc cakap masuk bilik dulu,berehat.dalam pukul 3 doc datang balik check bukaan.and its still 2cm.tapi masa tu memang dah rasa sakit.doc bajet boleh la bsalin malam tu jugak.

Sakit makin kerap.dia menyerang belakang and tulang punggung.alhamdulillah nasib baik hubby ada yang jadi tukang urut saya.malam tu tdo pn xlena.kul 3 pagi terjaga.sakit makin menyenggat.malam tu hubby yang jaga kat hospital.sian dia.kejap2 saya kejut suh urut.

22 april 2013

Awal2 lagi doc datang check bukaan.ok,dah 3cm.boleh masuk labour room.sebelum tu hubby suapkan bubur.kasi tenaga sikit nak push kalau bersalin jap lagi also minum air zamzam banyak2.dah siap salin baju,cucuk ubat berak terus landing atas bed dalam labour room tu.kat badan ni bersirat dah wayar.Mula2 letak CTG n check BP.doc check bukaan lagi and pecahkan ketuban.guna forcep ok.terasa panas je air ketuban tu.oh lupa.semalam tu lepas kena seluk tu,doc cakap maybe saya ni ketuban darah sebabnya darah banyak yang keluar tapi aftr pecahkan ketuban,alhamdulillah it just ketuban air.ketuban air x sesakit ketuban darah.

Bila dah pecah ketuban,sakit makin kerap.yang masuk dalam labour room teman and tolong urutkan saya ialah hubby,mother in law and my mom.dorang gilir2 jaga saya.tapi mama xleh jaga sangat sebab dia xsanggup tengok saya sakit cenggitu.sampai tahap gigil2.time tu nak makan or minum nurse xbagi dh.tapi termakan sebiji kurma and air zamzam jugak sikit hee..

I took epidural.so pakar bius,doc saidah kot nama dia datang inject epidural kt tulang belakang.she's so nice.banyak sangat membantu.kerja dia lembut and x sakit pun.sebelum ni nurse cakap sakit sangat kalau cucuk epidural.nurse tipu kiteeeeee ek.

Bila dah cucuk epidural,badan jadi kebas sebelah.sakit pun xterasa sangat.doc dah cakap,dia xkan bagi dos yang tinggi.sebabnya nak bagi saya rasa camne rase sakit and nak push.bila rasa sakit sangat3 baru dia naikkan dos tu.

Doc ramli cakap maybe dalam 7jam lagi boleh la bersalin.perghhh.lama lagi kot.masa tu dah pukul brape x ingat dah.xtengok jam dah.

Nurse and doc ramli keep on eye to my CTG.sampai satu tahap dorang dah cakap tak sedap hati tengok CTG baby.masa tu dalam pukul 2.30ptg kot..

Masa tu my hubby tengah jaga dalam labour room.time tengah borak2,terasa contraction and tiba2 terasa ada benda nak keluar.hah sudaahhhh..terus suh hubby panggil nurse.and its the time baby!

Saya dah gelisah dah sebab dah beranak dah ke ni.cuakcuakcuak!selawat banyak2 sambil tahan jangan bagi keluar lagi.hubby dah kol mak dia suh masuk labour room jugak.mama papa etc tunggu kat luar and mama kadang2 je jenggah masuk tengok sebab dia takut darah.boleh cenggitu.hubby pun alhmdulillah diberi keberanian.kalau x,maybe dia pun join mama kat luar.mak mertua saya la yang tolong pegang lutut and peha xnak bagi saya angkat punggung time push.hubby tolong tenangkan and bagi semangat.

Doc and nurses kat situ sangat membantu and bagi semangat.

Pandai dik,push ckit lagi.
Tarik nafas,tengok kepala baby nak keluar.
Jangan tutup mata dik.

I ols kan 1st timer.mana la reti nak push.hubby cakap mula2 doc dah letak belakang dah gunting tu.tapi disebabkan iols ni xreti nak push,dia pun capai gunting.zappp..pushhhhh..
Alhamdulillah..maka selamatlah semuanya.memang nampak la baby laju je gelongsor keluar.doc ramli terus azankan sambil gunting tali pusat.bila dh kluarkn uri,terus lega perut ni.kosong.

Time baby dah keluar,mak mertua n hubby cium kiteeeeee.kite suke.siap menangis lagi.alhamdulillah.time tu saya dah xrasa pape dah.mamai je.

Doc mintak izin nk seluk lagi cz nk buang darah beku.iols xkisah dah.and hubby temankan saya sampai habis.tp bila nak jahit tu,terasa jgk la sbb lupa nak on blk epidural.boleh x camtu.iols menjerit jgk la haha.kena 3jahitan jgk la ni..

And now tengah mghitung hari nak habis pantang.jemu dah eh makan ikan niiiii..tapi telan je la apa yang org hidang..

Presenting Aryana Qaisara binti Muhamad Aizuddin

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

4comments:

Related Posts with Thumbnails
Read more: Tutorial...( Cara Buat Widget Halaman Posting) Under Creative Commons License: Attribution