salam readers
alhamdulillah..dapat jugak hupdate belog ni. line kat sini ala-ala mari berdansa je.lam mim ba ta..macam siput bin sedut suda. maybe dia suh CF buat kerja kot, tak bagi CF online kot..ni maybe CF dah siap buat 1/10 from assignments, baru leh online...
hah, CF kat sini nak share. bukan share apa pun. ni pandangan orang terhadap kita la kan.
ri tu duk borak-borak.
ada orang cakap CF ni BUKAN macam anak sulung. maybe TAKDE rupa, perangai macam kakak kot. oh, adik.sila iyakan yang aku ada perangai seorang kakak yang baik!*kompius, baik ke?*
alasan: sebab CF ni manja.ok,fine!memang.diakui oleh Mama & Papa. perangai suka merajuk.HARUSLAH! kalau nak apa-apa, memang kalau boleh, biar dapat. kalau tak,selagi tuh la 'nyetok angin'.pehe ke dop ni CF kecek kelate? mulut muncung. camtu la perangai yang tak leh ubah. lempang kang! juga HARUSLAH berhati sensitif. mudah menangis. lempang sekali lagi plis! bila la mau berubah ni. dah nak jadi bini orang dah.oh,berangan dalam kadar yang paling minima kira halal ok..
disini, bagi yang tak tahu, CF ada SEORANG je adik. tak ramai. maybe ini lah faktor kenapa perangai manja tu ada. anak papa! anak mama! anak perempuan sulung!
kepada bakal menantu-menantu keluarga Encik Hashim, pastikan anda berjumpa dengan En Hashim untuk sesi temuduga dulu ya. kalau pass, kira boleh la jadi calon menantu kan....[ini untuk bakal adik ipar CF je]
kepada MAO, kamu kena lega untuk sikit sebab dah lepas sesi ini yer..
ni la adik CF
beliau nampak macam kakak bukan?
sebab dia besar dari CF yang tak berapa nak cukup zat ni
i tak kisah la dik..i lagi suka di anggap ADIK ok!
adik suka protect CF dalam segala hal.terbalik kan.
kalau CF sakit hati, dia la orang pertama yang lebih-lebih sakit hati...
terbukti!
nampak dia lagi tua matang dari CF kan..
mungkin juga sebab CF dikelilingi oleh kanak-kanak.
CF suka layan budak-budak. sebab takde anak sendiri lagi kan. perlu ke keluarkan statement ini?gasak..teruskan menaipppp...
most of my cousins dah beranak pinak.dah ada generasi masing-masing.oleh sebab itu, kalau buat gathering ke,hape ke, perlulah melayan anak-anak mereka.jadi baby sitter...advantage nye ialah, praktis nak jaga anak nanti..[alasan mereka ok!]
bukti pertama
bukti kedua
bukti ketiga
bila bersama kanak-kanak,perangai pun jadi kanak-kanak juga~~~
ni CF ada google pasal perangai anak-anak mengikut turutan....
kalau ada yang betul,kira kebetulan.kalau tak, ignore je ok.
Anak Sulung
> merupakan cahaya mata pertama didalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka menigkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.
Ciri-ciri:
sikap melindungi, suka bertolak ansur, serta ego
lebih pandai mengambil hati orang tua
mempunyai nilain tanggungjwab tinggi
Anak Tengah
> lebih pelik dari nak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah yang paling 'kurang' favourite di kalangan adik-beradik yang lain. mereka cuba melakukan yang terbiak bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri:
lebih berdikari berbanding si sulung atau yang lain
lebih percaya dgn keyakinan diri
suka mencuri perhatian dgn cara tersendiri
sering merasakan diri mereka terpinggir
terlalu mengalah
Anak Bongsu
> seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu bapa terhadap mereka.Biarpun mereka berjaya, namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa merasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka selama-lamanya.
Ciri-ciri:
happy go lucky dan yakin diri
manja
berkeinginan dan bercita-cita tinggi
sukar membuat keputusan
tadi Mama called.
main point: ingatkan CF supaya kalau nak keluar,biar dalam berkumpulan. JANGAN keluar berdua. sebab Mama bimbang dengan kes sekarang ni. kes culik.nauzubillah...
mama called sebab nak pesan itu je.
yes, mama and papa sangat risaukan kami adik beradik. coz kami je la anak-anak mereka. dah la perempuan. lagi kena keep on eyes.......
sebab ni juga la parents susah nak lepaskan CF. bak kata papa, tak sanggup kehilangan anak...=.=







