Iklan

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/WAof
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

08 December 2011

Terharunya bila dapat Suami macam ni..=D


salam u olsss

biarlah terlambat update,tapi saya nak jugak update pasal ZA and his adorable wife,Shera..saya sangattttt suka tengok orang kawen.siyes.pakai cantik-cantik.make up cantik. tak macam saya..sob..tetibe rasa takut nak tengok diri sendiri bila lepas make up,aci?

and as we knew, ZA ada tulis 1 poem kt Shera kan. bila saya baca pun saya rasa touchinggg sangat.memang sebak okeh. hati saya memang kuntum. hati saya memang hati tisu sangat. mudah sangat touching ni..and here saya share kat sini..
Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

 gambar kawin zahiril<br />
<img class=


gambar resepsi zahiril dan shera ayob

semoga berbahagia hingga ke syurga ZA & SA.
love her wedding attire..


JIKA SUKA,LIKE JE.=)

22 December 2010

my weekends with my future........insyaAllah..=)


salam readers

lama  dah tak update kan.yeke? as i mentioned here, CF dah babai from KB since 15hb lagi. then on 18 & 19 ri tu, CF have a good weekend with my MAO. sebab weekend je la bole jumpa. MAO kan kerja jauh. take time jugak nak balik KL kan..so, seperti yang dirancang, zapppp..berjaya memujuk MAO g Melaka. first time ok g sane. nasib baik MAO ok je nak bawak.so Melaka, here i come! CF mesej bff CF, ayu. ingat nak jumpa. malangnya, ayu g UPSI..tak dapat nak jumpa..


ramai gila orang..ingat nak naik vehicle yang boleh berjalan atas darat & laut tu.tapi mak aih..awat mahal sangat..RM38 for adult..& for student macam CF ni, RM30.. so, decide, naik bot je..RM10 aje..kena jimattttt...boleh spend duit kat tempat lain kan.makan ke,ape ke..

then on the next day, ingat nak g celebrate birtday CF kat Full House.. tapi, bia lah. kita go on dengan plan family MAO. here we go! g kenduri kawan abah..


abah sangat sporting..nampak je pendiam, tapi kelakar..suka nyakat.
abah cakap CF ni cakap laju..wowowowo! nanti nak kena perlahankan speed ye bah..


alamak..ma x pandang kamera la..with b2b, adik MAO yang nak kawen Februari tahun depan.
langkah bendul kami wooo...

then, odw nak balik tuh, abah cakap, jom kita naik Genting. uh,seronok!
terus zazzzzz..sampai Genting..dah la pakai baju kurung. orang tengok pelik je. nasib baik CF spare sweater. just berjalan-jalan je la. tak main pun. sebab time tu dah lewat da. 


sejuk! best!


ain & CF


 Mr MAO & his fiance..auwm!



mister black & madam white.haha..PANG!

love & miss this moments dear....
tatau zaman mana lagi leh jumpa. nak-nak pas abes belajar, baru boleh jumpa...T_T




JIKA SUKA,LIKE JE.=)

15 December 2010

sebelum dan selepas berpasangan.fuyoo!


Salam readers

tadi CF terfikir something nak merepek lam blog ni. korang pun pernah baca jugak kan pasal kehidupan SEBELUM dan SELEPAS korang ada partner kan. So, CF pun try la nak senarai, ade ke dop PERBEZAAN dia. kalau ada tu, TAHNIAH la sebab dah berjaya jadi pompuan yang BAIK. jangan ubah jadik TAK BAIK suda..

Sweet couple cartoons

SEBELUM & SELEPAS


  • nak g mana, mesti kena report kan. bagi sesetengah orang, mesti pk, ala, lom jadi somi isteri lagi dah nak report-report bagai. tapi depends la bagi sesetengah pasangan tu kan. kalau CF, disebabkan kami ni agak jauh, jarang jumpa, memang akan bagitahu la. yang penting, kita kena PERCAYA dengan pasangan kita..
  • dulu, kredit tuh RM10 tu, tahan je sebulan. sekarang ni, jangan kau mimpi nak bertahan sampai sebulan camto..ni paling cikai RM10 dalam seminggu jugak la. sebab CF guna U-Pax. memang jimat.
Sweet couple cartoons
ada tak orang bercinta, still post surat camni?
  • dulu nak buat apa-apa, tak payah fikir pasal orang lain. sekarang kena fikir jugak impaks dia.
  • nak buat apa-apa pilihan, tanya pendapat dulu. kalau dulu, main buat ja...dulu kan darah muda,semua ikut sedap hati je.
  • dulu nak makan, untuk perut kita je kan. sekarang nak makan, memang la gentleman sikit kalau laki yang bayar. tapi kena sedar diri jugak. sian kat dia. kena berhati perut jugak la. guna konsep bergilir-gilir. baru tak di chop materialistik!
  • sekarang ni kalau g mana-mana, mesti teringat nak beli hadiah kat dia. akan buat apa saja demi nak bahagiakan dia. 
Sweet couple cartoons
kait baju? erm..kat sini dah panas, lain la duk oversea kan..
  • dulu nak kua, kena drive sendiri, kena naik bus ke hape. sekarang nak keluar, ada orang datang jemput. auw! bole jadi princess tak? *PANG!*
Sweet couple cartoons
MAO, sanggup tak buat camni?hehe
  • dah bertambah list untuk nak disayang, bole camtoooo?
  • kalau keluar, rasa dilindungi. rasa selamat. nak-nak kalau keluar g tempat yang bukan tempat kita
Sweet couple cartoons
  • dulu, jangan kau harap hp tu nak berbunyi! sampai abaikan hp tu. sekarang, nak turun g dapur pun bawak je hp tuh.. nasib baik tak bawak masuk toilet.
  • dulu tak matang,sekarang dah MATANG oh! sikit. =p
  • dulu tengok orang kahwin, rasa biasa je. ni bila sendiri nak kahwin, oh tidak! banyaknya benda nak kena buat!seteresssss mak! tapi suka oh!
  • sekarang dah boleh celebrate birthday, anniversary sama-sama dah. suka!
Sweet couple cartoons
MAO, remember this THURSDAY ok..

  • dulu jangan kau berangan nak keluar g sna-sini. sekarang dah boleh.yea!maybe dah besar. semua family dah restu, sekarang dah dapat permission da. next destination, kita g Zoo pulak ek.haha.macam takde tempat lain nak pergi kan..LOL
Sweet couple cartoons

  • dah ada orang yang nak nyanyi-nyanyi kat kita. perempuan ni, hati dia cepat cair..nak2 dengan partner dia. kalau partner dah start nyanyi, hati dah berbunga riang da..tapi bila i nyanyi, ade ke komen, takpayah nyanyi,, tabest.dush!
Sweet couple cartoons

MAINTAIN SAMA AJE


  • gelak tu maintain. kemain kuat kot! bahu terhenjut-henjut.
  • peramah. ke?
  • pemalu. *PANG!*
Sweet couple cartoons
malu la i nak turun jumpa u!
  • nebes tau bila nak jumpa.haha!
  • bila nak jumpa, duk termenung depan almari, nak pakai baju mana ek..yang tu tak leh buang tabiat tuh.
  • setiap kali keluar, kena MAKAN! eh, tak payah masuk list pun tak pe kn..
  • dari first kenal sampai sekarang, hobi kami adalah bergayut aje. tiap-tiap hari kol. kalau hari yang penat sangat baru hold jap..
Sweet couple cartoons

dah..cukup la tuh. ni je yang terkeluar dari minda. apa-apa pun u ols, semoga apa yang kita harapkan ini menjadi kenyataan. jaga lah hubungan yang terjalin itu dengan sebaik mungkin. kerana kita saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain..

Sweet couple cartoons

"KINI AKU SEDANG BELAJAR MENJADI YANG TERBAIK. MESKI BUKAN UMAT YANG TERBAIK, TAPI SETIDAKNYA MENJADI YANG TERBAIK DISISIMU KELAK.."



 
JIKA SUKA,LIKE JE.=)

03 December 2010

the theme of the wedd maybe..


salam readers

tajuk entry tak sama dgn picca ok..
ni baru pendahuluan..isinya kemudian ok...

just nak share this picca..
ada maksud tersirat didalamnya..
so girl, boy..just check it out!

first picca


"when a girlfriend says NOTHING is wrong, there is something WRONG and the boyfriend needs to figure it out..."

haha..selalu ja camni..bila tanya NAPE..terus jawab, TAKDE PAPE, SAJE JER..
that's why my bro told me yg CF ni sukar nak ditafsir..ek?nasib la....

second picca


p/s: CF suka tengok video ni. video kawen-kawen la,of course. kan da gedik nak kawen.pang! bukan apa. nak usha-usha je dulu..my wedd pun insyaAllah setahun lagi..need to do some research (podah!), nk survey apa yang patut..nak kena tahu budget kan..sume ni kena fikir tau..b2b!

CLICK ON THESE LINKS....


the same bride & groom, tapi ni for their reception..tengok her SELENDANG & DRESS..i'm drooling for that! seriously.........


one more....

it is good combination between:

pink + grey ?
pink + hijau pucuk pisang ?
pink + orange ?
pink + white ?
pink + baby blue ?

which one is better?


JIKA SUKA,LIKE JE.=)

25 November 2010

untuk bakal teman hidupku..cayalah!


salam readers

sekarang ni CF dah open nak cakap pasal kahwin with my family. pasal barang hantaran, tema kawen, jemputan, bridal mana nak amik etc..even date tu tak sure lagi, tapi kami hanya get ready for it..just what for the card ya! bila fikir-fikir, baca pengalaman bloggers pasal preparation on the big day, CF rasa sikit cuak. yela. macam-macam nak kena fikirkan. haruslah kena ada duit, baru semua bole jalankan..starts from now, memang kena saving, survey-survey yang mana patut kan..doakan kami ya syg-syg sekalian!

here, CF nak share something..especially for my Mr F..fewit! MAO kena tukar nama ke tak neh ek..


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Artikel iluvislam.com

alt

credit to iluvislam

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

09 November 2010

perkara yang girlfriend anda tak pernah bagitahu anda..


salam readers

what i'm going to share with you is about 3o things about a girl..
i took it from facebook, as always..
just for fun ok..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
[pernah je alami ni.nak2 kalau dalam phone.kalau nangis, diam je]

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 [betul-betul-betul..bila dah sayang, memang jarang jumpa benda yg dibenci.nak2 kalau perangai sepesennn je]

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 [haruslah! setia ok even keluar dengan lelaki lain.percaya di antara satu sama lain itu wajib!]

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
 [MAO suka puji.kalau kutuk,terbaik juge! haruslah CF buat-buat malu gituh.malu tau kena puji ni.lempang!]

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  
[nape kamu tak mesej kita awal2 lagi hah?]

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
[ i selak blog cinta kami]

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 
[do you?]

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

07 November 2010

full of loveeeeeeee..kalo pompuan, nak kena bagi ape ek?


salam readers

3 days ago, i'm fulled of love..sekarang, back to normal dah. tapi itulah hakikat sebenar. banyak sangat pahit manisnya.

now, back to campus. continue my a lots of works. stressful and so on. dengan tahap kesihatan yang tidak memberangsangkan ini, haruslah jadi kurenggg mood sikit nak buat kerja kan. 

insyaAllah, raya ke-2 ni ada majlis kecil-kecilan.tapi perlu ke panggil majlis. dengan kata lain, nanti CF fikir balik word apa yang sesuai ok!

sempat la bercakap pasal plan itu ini. hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan..

2 weeks later, dah cuti sekolah.sangat seronok!
banyak sangat plan..reunion [kalau la jadi], 'majlis', berfoya-foya seketika...

ada sape2 pernah pergi Full House tak?macam best je.....

ehemm...CF nak tanya. kalau perempuan kan, barang apa yang sesuai nak bagi hantaran untuk lelaki?

miss MAO!


MAO, ingat kat CF tau..:'(

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

01 September 2010

ilebiu..& are u proposed me?

salam readers

wah,rasa dah lama tak hupdate blog kan.biasa la.komitmen yang sangat la banyak.*poyo*
saya ada banyak kerja sekolah la...sekian!
tapi saya ada masa nak godek blog,apekah?

even cerita ni da 2,3 ari yang lepas,tapi biasa la.ni blog kisah hidup cikfasya kan.so,memang CF nak tulis kat sini la.

hari ahad ri tu, CF kena ganti kelas budak form 1

CF jalan-jalan.cari kelas.nasib baik jumpa.duduk kat pintu kelas.tengok students,boys tengah main catur,girls tengah copy paste kerja sekolah.kantoi! CF pun tanya la

CF: ni kelas 1 AR ke?

student: aah..

CF: ni kelas masa PJ ke?

student: tak la cikgu.masa PJ tadi.ni kelas Muzik.

CF: yeke.tapi sy dapat jadual suh masuk time ni.

student: xpe la cikgu.cikgu masuk la kelas ni.

CF: eh,xpe ke.kang cikgu awk masuk kang,sy kena halau keluar.

girl: xpe cikgu. lagipun sy x reti la muzik ni.susah.

CF: ok,saya masuk kejap je ok.kalau cikgu masuk,sy keluar la.

tiba-tiba semua students menjerit YEAYYYYYYY!

ni sayang cikgu ni....

CF pelik.nape kamu menjerit?tapi CF tahu kenapa.......
sampai tiba masa CF kena keluar, maybe dekat 40 minit jugak duk dalam kelas tu.habis 1 period.CF pun g la kat tempat Ketua kelas,tanya dia..


CF: Syamil, dah habis masa kan.cikgu keluar ok.nanti tunggu cikgu lain masuk.
Syamil: muzik ada 2 masa cikgu.
CF: yeke.tapi cikgu kena ganti 1 masa je ni.
one of the student: ala cikgu.cikgu jangan la keluar lagi.cikgu duduk dulu ek.
CF: xpe ke?
student tadi: xpe je cikgu.

alahai....nak keluar pun dowang tak kasi.mau bodek ape heh budak?!

sampai la CF betul2 nak keluar.

CF: syamil, awak jaga kelas ok.
terus pesan kat budak-budak..Jangan Noti-noti ok!
student tadi: ilebiu......
CF: apekah...haha..

nak tergelak bila budak-budak try nak bodek cikgu Pacha ni..but mereka sangat behave, comel je.tak de buat perangai pun.alhamdulillah,mereka hormat CF..

a day later....CF masuk bilik guru.tiba0tiba dengar orang duk panggil,

cikgu tu,cikgu tu

CF dengan perasan g toleh.bajet macam orang panggil kita la kan.tapi nasib baik betul.student CF kelas semalam still remembered me even CF masuk just relief kelas je.

that girl lambai-lambai kat CF.senyum je..ceria gila muka budak girl tu.sonok!
CF pun senyum balik..lambai-lambai balik..hehe..sonok lagi!


ilebiu teacher...
still ingat muka student tu.comel.
dalam kelas,dia bawak losyen.pastu agih kat kawan-kawan sebelah and that student tu, boy ok!
kalah cikgu.takde la pulak bawak losyen dalam handbag.

kisah semalam.....................

my phone rang.missed call from chintaku.
masa tu memang dah lalokkkkk da.dah selamat tidur.then gayut jap.mamai-mamai.
suddently....

MAO: i wanna ask u something. sudikah CF menjadi isteri MAO?
dengan mata yang tertutup, terus celik macam panda!tapi mamai-mamai tahap tak berapa nak kronik.

CF: i do.
MAO: ala,jawab la dalam BM.MAO serius ni.
CF: CF pun serius la ni.
MAO: ok, again.*he repeats it again*
CF: iye.saya sudi menjadi isteri MAO.*blushing*
MAO: thank you sayang!remember kalau terjadi apa-apa, MAO tetap sayangkan CF.CF kena jaga diri.CF kena kuat semangat.jangan putus asa.bla bla bla..*banyak sangat dia pesan*

and a day before, my grandma told me something.

pasarina (dats what she called me), mek nak btaw ni.ikut pasarina la nak dengar ke dop.mek bimbang pasarina nanti takut kena anta posting jauh-jauh.mek nak pasarina kahwin sebelum posting.kena fikir masa panjang...bla bla bla..*terlupa*

memang pasarina pk gitu gok.*dalam hati, yeahaaa!*

apa-apa pun, tunggu MAO's family datang ke rumah on this November..insyaAllah..=D

date: 11.11.2011..how?

Photobucket

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

25 August 2010

ini untuk MAO..MAO buat la utk CF lak..

salam readers

camne puasa?ok?wah..tibe-tibe
semalam bukak puasa minum air kelapa.hari ni rasa nak minum lagi la...sedappppppp!!

papa, jap g koyok buoh nyor deh..sedapnyo la kalu leh minum air nyor......

hah..ape kaitan gambar-gambar ni yer.....

sahur tadi.MAO mesej.mesej dia ala-ala camni la...

"CF, CF pakai cincin saiz berape?"

"size 10 longgar sangat, saiz 8 biasa-biasa kot.tapi kalau ada saiz 9,ok la kot.nape?MAO nak belikan ke?or ma?"

"MAO la.dah lama nak belikan.untuk..........."

padahal before this MAO pernah kasi 1.ni nak tambah koleksi ke sayang?i terima je.hehe..gembiranya hati ini.tadi duk borak-borak,mostly my batch kahwin next year.maybe yang before or after posting la kot.bukan apa, tamau la g sabah sarawak.dah la time ni pun dah PJJ, after kahwin, tamau dah la PJJ. insyaAllah, sekarang ni dah leh start menabung la kan.senang sikit.tak payah la rasa bersalah sangat nak guna duit PaMa kan.

then CF ingat lagi. last week mom MAO called CF.
she told me, about the marriage la. bole pulak CF cakap,

alamak Ma, banyaknya nak kasi. nanti tak cukup jari Sya nak pakai.

muleh plop CF g jawab gitu kan.bukan apa, CF tamo la di chop, demandnye pompuan neh. bukan kite yang mintak, tapi orang nak kasi.so consider it sebagai rezeki kita la kan.alhamdulillah....tak boleh riak.....tuhan marah!

dah jarang sangat pakai cincin ni.tapi suka cincin ni.sebab simple je kan.
i loikeee!

yang ni CF guna khidmat abam google
CF suka sebab dia simple gak

yang ni pun sama
teringat lagi MAO cakap dulu-dulu
nanti beli 1 cincin yang ada 3 ppermata, merangkumi merisik, tunang & kahwin.baru jimat duit.
hamboi3~

eh,eh!
macam sama je
ada hint ke tu MAO?lalala..gurau jeks~

motif sebenar CF tulis entry ni sebab rindu sama MAO la.siyesly.tatau zaman mana bila lak boleh jumpa.tahun ni MAO raya kat Johor.CF confirm2 raya kat Kelantan je.umah granny CF kat sini jek. last met, on his birthday..la, baru nak sebulan ke tak jumpa?rasa macam dah lamaaaaaa gila tak jumpa..maybe kalau CF tak sibuk,maybe leh jumpa time adik MAO kahwin la kot 12th February ni, insyaAllah.tapi masa tu CF dah start praktikal,takut susah nak skip sekolah je.

MAO, CF miciu ketat-ketat tau
T________T

CF tahu MAO sekarang komitmen dah makin bertambah. balik kerja, badan penat. need more rest. tapi takpe MAO. rest la cukup-cukup hokai. namau la MAO sakit lak. CF akan faham keadaan on ur side tu. tautautau~~~

MAO nak buat gaya muahhh ke ni heh?
pic ni captured time kami semua nak balik kelantan. after my graduation's day. MAO drive kereta CF. sebab PaMa tak kasi CF drive petang-petang camtu.wisau kot. ada MAO, ok la sikit kan. leh buat teman berborak dalam kereta.
winduwinduwindu kamu.
sesiapa yang geli nak baca ni, harap tutuppp mata anda. ni kan blog kisah hidup cikfasya,so semua CF akan tulis dalam ni.bukan apa,nanti dah tua nanti, ada jugak boleh baca kenangan zaman muda-muda dulu kan. naknak kalo dah short term memory ni.=p


Photobucket

JIKA SUKA,LIKE JE.=)

22 March 2010

happy anniversary sayang~

salam readers

yes, as what in the ticker wrote

"chentan chentun for 1 year"

alhamdulillah..dah setahun berchentan chintun
baru setahun dah nak gempaq kan.biarlah.asalkan kita pandai jaga hubungan kan.

suka-suka-suka..=)


happy first anniversary to both of us

MAO & NFH

thanks for being with me.
thanks for the love.
thanks coz always make me feels like this..=)
always supporting me
taking care of me
be a such good friend, lover, naughty boy
always make me laugh
teasing me!

malangnya both of us kekurangan kredit.sedih disitu!
so,mesej je la.kredit tak cukup nak call.
terlupa suda nak topup.adoyai.......~

also,today MAO nak g HQ company dia.nak g sign apa benda ntah.i pun da lupa.

kerja leklok yer MAO..~

last but not least..~

comelkan bear ni B..
*hint*
=)


muahhh..
wah berani betul i taruk pic kucing.erm.sekadar pic.try kasi kucing betul2.leh la tengok orang mengeluarkan suara dengan pitching dan frekuensi suara yang agak annoying!dush!

i miss you !

b,gambar bear lagi la.haha!
tapi betul ni.
miss u a lot.
another 2 months ok~
total up: 5 months not meet each other
fuhfuhfuh..

semua pic,credit to incik goole..=)


JIKA SUKA,LIKE JE.=)
Related Posts with Thumbnails
Read more: Tutorial...( Cara Buat Widget Halaman Posting) Under Creative Commons License: Attribution